SeLAMAT DATANG KE BLOG

HARAP DAPAT BACA BLOG YANG TAK SEBERAPA NI,HARAP MAAF APA YANG TERSILAP KAT BLOG NI,SELAMAT MEMBACA,BYE FOLLOW LAH BLOG NI




hakimdefend-firsttimeakubuatblog.blogspot.com

Monday, 5 December 2011

Saiyidina Ali dengan Seorang Nasrani Tua


Suatu hari Saiyidina Ali KarramallahaWajhah tergesa-gesa untuk menunaikan shalat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah. Di tengah perjalanan ke masjid, Saiyidina Ali bertemu dengan orang tua bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan ditangannya memegang pelita untuk menerangai jalan yang gelap gelita.

Saiyidina Ali mengikuti sahaja langkah orang tua itu kerana beliau tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya. Apabila tiba di masjid, Saiyidina Ali bergegas masuk ke masjid untuk menunaikan shalat subuh berjemaah bersama Rasulullah. Ketika Saiyidina Ali memasuki masjid didapati Rasulullah sedang rukuk. Rukuk Rasulullah pada kali itu sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah-olah menanti Saiyidina Ali turut serta solat berjemaah.Setelah selesai solat subuh Saiyidina Ali bertanya kepada Rasulullah “Ya Rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini, belum pernah engkau lakukan sebelum ini” . Jawab Rasulullah ” Semasa aku sedang rukuk, dan ketika aku hendak i’tidal, tiba-tiba datang Malaikat Jibril dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah aku dapat iktidal”.
Mendengar jawaban Rasulullah, Saiyidina Ali menceritakan apa yang berlaku semasa perjalananya ke masjid tadi. Rupa-rupanya Allah telah mengisyaratkan kepada Rasulullah supaya menanti Saiyidina Ali supaya dapat ikut serta shalat subuh berjamaah. Ada juga diriwayatkan bahawa pada saat itu Allah telah memerintahkan Malaikat Mika’il supaya men
ahan kelajuan matahari agar Saiyidina Ali dapat solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah kerana sikap Saiyidina Ali meredah diri dan menghormati orang tua Nasrani itu

No comments:

Post a Comment

unic-menuju wawasan