SeLAMAT DATANG KE BLOG
HARAP DAPAT BACA BLOG YANG TAK SEBERAPA NI,HARAP MAAF APA YANG TERSILAP KAT BLOG NI,SELAMAT MEMBACA,BYE FOLLOW LAH BLOG NI
hakimdefend-firsttimeakubuatblog.blogspot.com
hakimdefend-firsttimeakubuatblog.blogspot.com
Wednesday, 30 November 2011
KAREKTER YAHUDI DALAM AL-QURAN
1. Bangsa yang pertama kali kafir kepada Nabi Muhammad SAW.(Al-Baqarah: 41).
2. Bangsa yang suka memutar balikkan kebenaran (Al-Baqarah: 42).
3. Bangsa yang diperingatkan Allah dengan keingkaran terhadap nikmat Allah (Al-Baqarah: 47-48).
4. Bangsa yang pernah diuji dalam perhambaan raja-raja mesir (Al-Baqarah: 49).
5. Bangsa yang menyembah berhala ditengah bimbingan Nabinya (Al-Baqarah: 51).
6. Bangsa yang diperintahkan untuk membunuh diri masal (Al-Baqarah: 54).
7. Bangsa yang pertama kali mengingkari sifat ghaib dan paham materialisme (Al-Baqarah: 55-56)
8. Bangsa yang suka berbuat aniaya di tengah nikmat Allah (Al-Baqarah: 57).
9. Bangsa yang paling cerewet dengan Nabinya (Al-Baqarah: 61).
10. Bangsa yang cepat melanggar janji Allah (Al-Baqarah: 65).
11. Bangsa yang paling suka mempermainkan perintah Nabi (Al-Baqarah: 67-71).
12. Bangsa yang paling keras menolak kebenaran Illahi (Al-Baqarah: 74).
13. Bangsa yang tidak boleh diharapkan beriman kepada kebenaran para Nabi (Al-Baqarah: 75)
14. Bangsa yang paling suka mengatur tipu daya di tengah masyarakat (Al-Baqarah: 76).
15. Bangsa yang suka memperjual-belikan agama Allah (Al-Baqarah: 79).
16. Bangsa yang beranggapan tidak disentuh api neraka kecuali sebentar (Al-Baqarah: 80-81).
17. Bangsa yang paling sedikit orang-orang baiknya (Al-Baqarah: 83).
18. Bangsa yang paling senang bermusuhan dengan sesamanya (Al-Baqarah: 84-85).
19. Bangsa yang paling sombong dan membanggakan etnisnya (Al-Baqarah: 91).
20. Bangsa yang paling rakus terhadap kesenangan duniawi dan takut mati (Al-Baqarah: 96).
21. Bangsa yang benci kepada malaikat Jibril dan Malaikat yang lain (Al-Baqarah: 97-98).
22. Bangsa yang paling suka mengingkari perjanjian (Al-Baqarah: 100).
23. Bangsa yang paling suka mengikuti khurafat (Al-Baqarah: 102).
24. Bangsa yang paling dengki kepada Nabi Muhammad dan umatnya (Al-Baqarah: 105)
25. Bangsa yang paling keras berupaya mengkafirkan umat Islam (Al-Baqarah: 109-110).
26. Bangsa yang sama sekali tidak mengakui agama Nasrani (Al-Baqarah: 113).
27. Bangsa yang pertama kali menyatakan Allah berputra (Al-Baqarah: 116).
28. Bangsa yang membenci kebebasan beragama (Al-Baqarah: 180).
29. Bangsa yang membenci agama ibrahim (Al-Baqarah: 130-133).
30. Bangsa yang rasialis dan apologetik (Al-Baqarah: 175).
31. Bangsa yang tidak malu bersikap sok tahu (Al-Baqarah: 139-140).
32. Bangsa yang menggangap dirinya paling pandai (Al-Baqarah: 142).
33. Bangsa yang hanya menuruti kemahuan sendiri (Al-Baqarah 145).
34. Bangsa yang paling mengenal ciri Nabi Muhammad tapi mengingkarinya (Al-Baqarah: 146).
35. Bangsa yang dikutuk Allah kerana merahsiakan kebenaran (Al-Baqarah: 159).
36. Bangsa yang paling fanatik terhadap tradisi dan leluhurnya (Al-Baqarah: 170).
37. Bangsa yang dagang dan riba sama saja (Al-Baqarah: 275).
38. Bangsa yang menjadikan agama sebagai Alat dusta (Ali Imran: 23-24)
39. Bangsa yang dilarang bagi kaum muslimin untuk bersetia kawan (Ali Imran: 28).
40.Bangsa yang pertama-tama merancang pembunuhan Nabi Isa as. (Ali Imran: 52-54).
41. Bangsa yang senang membuat siasat keragu-raguan (Ali Imran: 72-73).
42. Bangsa yang suka mengingkari amanah orang (Ali Imran: 75)
43. Bangsa yang suka mengada-ada dalam urusan agama (Ali Imran: 78).
44. Bangsa yang menjadikan agama sebagai alat untuk memperbudak bangsa lain (Ali Imran: 79-80).
45. Bangsa yang ingin membuat agama lain sebagai tandingan agama islam (Ali Imran: 83-85).
46.Bangsa yang kedlolimanya menyulitkan hatinya melihat kebenaran (Ali Imran; 86-87).
47. Bangsa yang suka menghalang orang berjalan kepada kebenaran (Ali Imran: 99).
48. Bangsa yang suka berpecah belah dan merosakkan fahaman agama (Ali Imran: 105).
49. Bangsa yang tidak suka melihat kebaikan ummat islam (Ali Imran: 118-120).
50. Bangsa yang mencela Allah sebagai si Faqir (Ali Imran: 181).
51. Bangsa yang suka membuat saiz kebenaran menurut selera sendiri (Ali Imran: 183).
52. Bangsa yang suka mencari pujian palsu (Ali Imran: 188).
53. Bangsa yang merasa dirinya paling bersih (An-Nisaa: 49).
54. Bangsa yang suka memeras orang lain apabila berkuasa (An-Nisaa: 53).
55. Bangsa yang selalu dengki gengan keberuntungan orang lain (An-Nisaa: 54).
56. Bangsa yang suka membuat kdlaliman dalam undang-undang (An-Nisaa: 60).
57. Bangsa yang berusagha mempengaruhi kearah kerosakan apabila dijadikan teman (An-Nisaa: 89).
58. Bangsa yang suka mempermainkan para Nabi (An-Nisaa: 153).
59. Bangsa yang mengaku membunuh Nabi Isa (An-Nisaa: 157).
60. Bangsa yang diharamkan Allah memakan makanan yang baik (An-Nisaa: 160).
61. Bangsa yang mengaku menjadi anak tuhan dan kekasihnya (Al-Maidah 18).
62. Bangsa yang paling pengecut (Al Maidah: 22).
63. Bangsa yang dibebani hukum berat kerana mental mereka yang bobrok (Al Maidah: 2
64. Bangsa yang paling cepat bersikap menolak kebenaran dan menyukai kebohongan (Al Maidah: 41).
65. Bangsa yang menyuruh rakyat berkonfrontasi dengan orang-orang yang benar (Al-Maidah: 41).
66. Bangsa yang gemar melakukan usaha-usaha kotor (Al-Maidah: 42).
67. Bangsa yang lebih takut kepada sesama manusia dari pada kepada Allah (Al Maidah: 44).
68. Bangsa yang suka mengejek dan mempermainkan agama islam (Al-Maidah: 58).
69. Bangsa yang mengatakan Allah itu bakhil (Al Maidah: 64).
70. Bangsa yang gemar membangkitkan peperangan (Al Maidah: 64).
71. Bangsa yang suka mendustakan kebenaran yang tidak disukai (Al Maidah: 70).
72. Bangsa yang berani membunuh Nabi-Nabinya (Al Maidah: 71).
73. Bangsa yang dilaknat oleh Nabi-Nabinya (Al Maidah: 78).
74. Bangsa yang ulamanya tidak peduli kemungkaran di tengah masyarakatnya (Al Maidah: 79).
75. Bangsa yang mahu berkerja sama dengan musuh-musuh agama demi menghancurkan Islam (Al-Maidah: 80).
76. Bangsa yang paling keras permusuhannya dengan agama Islam (Al-Maidah: 82).
Monday, 28 November 2011
Cuba Try :D
i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku peluk
... Mac - Aku belasah
April - Aku gigit
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar
ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - ex-bf/ ex-gf
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriend aku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku sayang dia
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat
Sambungkan bg jadi 1 ayat .
KONGSI-KONGSILAH JAWAPAN ANDA ~
(JAWAPAN JUJUR BARU BEST) ;)
Thursday, 24 November 2011
YA ALLLAH
Aku Cemburu Ya Allah!
Di hening pagi,
Ketika sang suria masih lagi samar-samar memancarkan sinarnya,
Ketika dedaunan masih basah disirami embun,
Ketika seluruh alam masih lagi sunyi,
Diriku hanya bertemankan sepi.
Aku melihat alam ciptaan Allah,
Langit yang membiru dan terbentang luas,
Pokok-pokok hijau yang tidak henti berzikir kepada Allah,
Kerdil aku rasakan ketika berada di hadapanMu, ya Allah,
Aku tertunduk,
Tubir mata mula digenangi air jernih,
Aku hanyut dibawa bayangan minda.
Peristiwa-peristiwa semalam,
Seringkali menerjah minda,
Biarpun cuba dipadam dan dilupa,
Namun parut tidak akan pergi begitu sahaja,
Pengalaman hidup jauh dari jalan redha-Nya,
Membuatkanku benar-benar derita,
Tidak mahu aku kembali melalui jalan yang sama.
Ya Allah, aku cemburu!
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi dengan cinta,
Cinta kepada siapa?
Cinta kepada-Mu wahai Tuhan yang menciptakanku,
Jiwa mereka dihiasi dengan semangat jihad,
Hati mereka diterangi dengan nur cinta yang abadi,
Iman memenuhi kamar sanubari,
Jalan perjuangan sedia mereka tempuhi,
Walaupun mmpunyai ranjau yang melukai.
Segala dugaan yang mendatang,
Dengan tabah mereka lalui,
Setiap tohmahan dan cacian,
Tidak pula mereka peduli,
Kerana hati mereka begitu asyik,
Terleka dan tenggelam oleh manisnya cinta.
Sedang aku di sini,
Dalam kesamaran masih tercari-cari,
Ke manakah hala tuju diri,
Setiap kelemahan berdikit-dikit ku cuba baiki,
Membersihkan kembali segumpal darah yang bernama hati,
Iman yang baru mula untuk berbuah,
Aku rasa begitu payah untuk dipertahankan.
Betapa hebatnya peperangan,
Yang terjadi antara iman dan nafsu,
Terkadang aku berasa ingin berhenti,
Berhenti daripada meneruskan langkah ini,
Tetapi aku tahu,
Bukan mudah untuk menggapai cinta hakiki,
Pengorbanan dan kesakitan harus aku lalui,
Demi sebuah pengakhiran yang bahagia,
Iaitu sebuah tempat di syurga yang ku damba.
Hembusan bayu menyedarkanku kembali,
Ya Allahu Ya Rabbi,
CintaMu menjadi dambaanku,
Dalam keheningan pagi ini,
Aku menadahkan tangan,
Bemohon dan merayu kepada-Mu,
Ampunkan segala dosa-dosaku,
Walaupun amat berat dugaan yang Engkau berikan,
Demi setitis cinta aku relakan,
Ya Allah berikanku kekuatan,
Amin ya Rabbal 'Alamin...

Wednesday, 23 November 2011
Menjaga imej Agama,Jangan lah nk tunjuk bende yang tak senonoh tu
Menjaga Imej Agama..Sabda Rasulullah s.a.w:”Sesungguhnya Allah SWT telah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokkan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini? ”
[Riwayat at-Tabrani]
Huraian :-
1.Akhlak yang mulia merupakan perhiasan diri selain daripada cerminan agama yang dianuti.
2.Islam memerintahkan penganutnya agar sentiasa memperelokkan akhlak mereka dan menjauhi segala sifat-sifat yang buruk sehingga menjadi fitnah pada agama. Contohnya banyak berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini yang menyalahtafsirkan ajaran agama dan melakukan berbagai perbuatan buruk dan zalim yang didakwa dilakukan di atas nama Islam.
3.Allah mengetahui segala yang tersirat di dalam hati manusia. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam melakukan segala sesuatu agar tidak menjatuhkan maruah diri, agama dan masyarakat sekeliling.
penawar segala sakit
Setiap Penyakit Ada Penawarnya..Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”
[Soheh al Bukhari, Kitab At Thibb]
Huraian :-
1.Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T.
2.Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan namun terdapat keadaan di mana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang boleh dilakukan. Atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa.
3.Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklah sekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatan tersebut mestilah dikendalikan oleh seorang doktor Muslim yang dipercayai tentang agama dan ilmunya.
4.Rukhsah ialah hukum keringanan yang disyari'atkan oleh Allah dalam keadaan- keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) manakala pengertian darurat pula ialah kesusahan yang memudaratkan iaitu bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh mencegahnya.
5.Selaku seorang Islam kita diwajibkan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang halal dan menjauhi perkara yang haram apalagi yang melibatkan perbuatan syirik kepada Allah.
DOA PEMBIMBING HIDUP
Doakan Yang Baik-baik..
Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda berkata:”Semoga hujan yang bermanfaat.”
[Al-Bukhari]
Huraian :-
Setiap perkataan yang keluar daripada mulut anak Adam adalah datang daripada niat dalam hatinya. Orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang baik mencerminkan keikhlasan hatinya dan kebaikan hati budinya. Manakala orang yang suka bercakap perkara-perkara yang buruk kebiasaannya berperangai tidak elok. Itulah persepsi biasa dalam masyarakat.
Begitulah keadaannya apabila kita inginkan sesuatu kebaikan janganlah kita berkata perkara-perkara yang berbentuk negatif kerana ia seumpama doa yang dipohon secara tidak langsung kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar segala percakapan hamba-Nya. Justeru apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kesilapan kita sendiri.
kawan-kawan saya nk cerita sikit tentang doa ni,saya ada kawan rapat,dia sekarang dah form 4,saya dah aggap dia sebagai abang saya sendiri,dia memang baik orang ye,dia ni banyak bersabar,dia pun ok dengan saya,saya selalu doakan dia supaya dia menjadi insan yang baik,aminpada 2010,dia nk menghadapi PMR,walaupun dia kelas bawah,saya nampak usaha gigih dia untuk dapat keputusan,saya harap dia dapat keputusan yang baik,setaiap malam dia ni baca buku,tidur lewat kesian dia,akhirnya dia dapat keputusan yang sangat baik iaitu 7A 1C,oklah tu,itulah pentingnya doa kita untuk kawan-kawan kita,ok bye
Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda berkata:”Semoga hujan yang bermanfaat.”
[Al-Bukhari]
Huraian :-
Setiap perkataan yang keluar daripada mulut anak Adam adalah datang daripada niat dalam hatinya. Orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang baik mencerminkan keikhlasan hatinya dan kebaikan hati budinya. Manakala orang yang suka bercakap perkara-perkara yang buruk kebiasaannya berperangai tidak elok. Itulah persepsi biasa dalam masyarakat.
Begitulah keadaannya apabila kita inginkan sesuatu kebaikan janganlah kita berkata perkara-perkara yang berbentuk negatif kerana ia seumpama doa yang dipohon secara tidak langsung kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar segala percakapan hamba-Nya. Justeru apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kesilapan kita sendiri.
KAWAN pencetus IDEA
Assalammualaikumwarahmatallahhiwabarakatu
Saya berterima kasih pada kawan-kawan saya kerana memberi idea pada saya untuk membuat BLOG yang tak seberapa tak jadi macam blog ni tapi AKU TAK RETI NAK BUAT APA KAT DALAM BLOG NI(bagaimana,macamana,kenapa,apa dia),KAWAN-KAWAN.Takpalah aku tulis ni aje lah,aku nk sape masok blog jangan marah tau,ok lah BYE
Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya.”Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda:”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.”
[Muslim]
Huraian :-
1.Kebajikan adalah nilai luhur dari kehidupan sedangkan dosa bagaikan titik hitam yang merosakkan pandangan. Namun kadangkala disebabkan nafsu, iman menjadi buta sehingga seseorang itu cinta kepada dosa dan menganggap bahawa segala sesuatu itu adalah wajar belaka.
2.Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari memohon keampunan daripada Allah SWT, biar betapa besar pun dosa yang telah dilakukan itu. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang maksudnya:” "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."
3.Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya menanggung dosa, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati sedangkan mati itu tidak mengenal ketika dan usia seseorang. Oleh itu kita dituntut supaya sentiasa beristighfar dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah serta malu untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Jika Ada Salah Dan Silap.. Sila Lah Tegur.. Dan Maafkan Kami Jika Ada Salah Dan Silap.. Kepada Yang Nak Share.. Nak Tag.. Silakan.. Tak Perlu Minta Izin.. Kami Benarkan.. Moga Ia Membawa Manfaat Kepada Yang Membacanya..

Subscribe to:
Posts (Atom)

macam macam lah otak manusia ni