SeLAMAT DATANG KE BLOG

HARAP DAPAT BACA BLOG YANG TAK SEBERAPA NI,HARAP MAAF APA YANG TERSILAP KAT BLOG NI,SELAMAT MEMBACA,BYE FOLLOW LAH BLOG NI




hakimdefend-firsttimeakubuatblog.blogspot.com

Monday, 5 December 2011

5 Perkara Yang Dapat Mengubat hati


Siapa yang hati dia tak tenang? Siapa yang hatinya tak tenteram? Siapa yang hati dia kusut dan kusam? Kalau anda orangnya. Sila teliti 5 perkara pengubat hati ini.
Bukan sekadar teliti. Tapi lakukan dan amalkan. InsyaAllah hati akan menjadi tenang bahagia.
hati yang tenang

5 Perkara Yang Dapat Mengubat Hati ialah :


  1. Bergaul dengan orang-orang soleh.
  2. Suka membaca dan memerhatikan Al-Quran.
  3. Membersihkan perut (Menjauhkan diri) daripada makanan yang haram.
  4. Suka solat sunat di malam hari (qiamullail).
  5. Zikir dan berdoa kepada Allah SWT ketika subuh.

10 Surah Penting Yang Banyak Kelebihan

Nuffnang Ads
Saya nak ajak kawan-kawan semua untuk amal baca semua surah-surah ini dengan istiqamah. Bacalah surah ini sebanyak mungkin setiap hari. InsyaAllah kita pasti akan merasai kesannya. Semoga Allah menilai amalan kita sebagai ibadah yang diterimaNya dan menjadi bekalan di ‘hari sana’. Aamiiin.
bacalah quran sebanyak mungkin

10 Surah Yang Banyak Kelebihan


  1. Surah Al-Fatihah : dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  2. Surah Yasin : dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  3. Surah Dukhan : dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  4. Surah Al-Waqiah : dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  5. Surah Al-Mulk : dapat meringankan azab di dalam kubur.
  6. Surah Al-Kauthar : dapat merelaikan segala perbalahan.
  7. Surah Al-Kafirun : dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  8. Surah Al-Ikhlas : dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  9. Surah Al-Falaq : dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  10. Surah An-Nas : dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Kalau boleh hafal semua surah-surah tu lagi bagus. Hafal dan amalkan sokmo2. Semoga saya dan tuan-puan semua dapat amal. Sama-sama lah kita usaha untuk amal ilmu yang kita ada.  :)
bismillah enam

Saiyidina Ali dengan Seorang Nasrani Tua


Suatu hari Saiyidina Ali KarramallahaWajhah tergesa-gesa untuk menunaikan shalat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah. Di tengah perjalanan ke masjid, Saiyidina Ali bertemu dengan orang tua bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan ditangannya memegang pelita untuk menerangai jalan yang gelap gelita.

Saiyidina Ali mengikuti sahaja langkah orang tua itu kerana beliau tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya. Apabila tiba di masjid, Saiyidina Ali bergegas masuk ke masjid untuk menunaikan shalat subuh berjemaah bersama Rasulullah. Ketika Saiyidina Ali memasuki masjid didapati Rasulullah sedang rukuk. Rukuk Rasulullah pada kali itu sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah-olah menanti Saiyidina Ali turut serta solat berjemaah.Setelah selesai solat subuh Saiyidina Ali bertanya kepada Rasulullah “Ya Rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini, belum pernah engkau lakukan sebelum ini” . Jawab Rasulullah ” Semasa aku sedang rukuk, dan ketika aku hendak i’tidal, tiba-tiba datang Malaikat Jibril dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah aku dapat iktidal”.
Mendengar jawaban Rasulullah, Saiyidina Ali menceritakan apa yang berlaku semasa perjalananya ke masjid tadi. Rupa-rupanya Allah telah mengisyaratkan kepada Rasulullah supaya menanti Saiyidina Ali supaya dapat ikut serta shalat subuh berjamaah. Ada juga diriwayatkan bahawa pada saat itu Allah telah memerintahkan Malaikat Mika’il supaya men
ahan kelajuan matahari agar Saiyidina Ali dapat solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah kerana sikap Saiyidina Ali meredah diri dan menghormati orang tua Nasrani itu

unic-menuju wawasan